Sunday, April 17, 2011
I'll be back................
" Janganlah dok fikir sangat hari semalam yang sedih-sedih, kecewa atau marah tu, kerana yang lepas tetap dah lepas. Jangan pula dok cemas dengan hari esok yang belum tentu sampai dan kita sendiri tak mampu yakin tentang kesusahan hari esok. Hiduplah dengan sungguh-sungguh hari ini, kerana hari ini pasti milik kita, dan kita perlu isi dengan sepenuh-penuh isi. Berbahagialah dan jangan bersedih."
Sunday, November 1, 2009
kamu semua sangat hebat
medical imaging??? sangt menarik yer... presentation yg aku kenang sampai bila2..... malam b4 present 2,semua kumpul kat cafe k9, berkongsi coding n info untuk present esok pagi.... semua group semngt untk abiskan asigment ini..... ceria je semua malm 2.....
" saya x nk tegok awak present coding yg di tiru" wah.... semua terkesima,terpaku... 2 ari lagi exam biomedical signal, sempat ke nk buat baru?? masing2 meluahkan rase,ini x patot,itu x patot, kesiankan kami, fahami kami.... luahan rase rakan2 ku.. de rakan yg sudah mengalah,xpe la.. dapt zero pun xpe la.... menyerah nasib, namun aku bangga.... di sebalik luahan rase keciwa itu.. de insan yg masih teguh menempuh hidup,meneruskan perjuagan yg belom selesai.... berusaha untuk cari coding baru n lakukan improvement..... tahniah untuk mereka.... membangkit rase rakan2 yg sudah mengalah untuk same2 berusaha menyiapkn asigment itu....
akhirnya, esok ari.. semua group dapt abiskan presentation masing2 dgn jayanya..... masing berusaha untuk siapkan asigment itu jgk walopun mase untuk stdy final makin sempit.... semngt korang sangt aku puji.... tahniah untuk semua........
Sunday, August 2, 2009
rahsia solat di awal waktu...
Rahsia solat di awal waktu
Artikel yang diterima ini sangat menarik malangnya saya kehilangan penulis asalnya.Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

[view: Georgetown, May 2008]
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ?
Saturday, July 18, 2009
new room....
report li x siap lagi.. arghhhhh.....
Monday, July 13, 2009
kenali diri anda....
ni yang aku dapat..
SKOR TINGGI Anda seringkali mudah terasa dan mempunyai perasaan syak wasangka terhadap persekitaran dan orang lain. Anda selalu suka membuat penilaian terhadap diri anda sendiri dan orang lain. Anda berkemungkinan besar seorang yang mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Anda juga seorang yang sensitif dan mudah berasa kecil hati apabila tidak difahami oleh orang lain. Anda merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Anda sangat suka kepada cabaran, mampu meyakinkan orang dan sentiasa mempamirkan penampilan diri yang dinamik. Anda lebih gemar mengambil peranan menjadi pemimpin daripada menjadi seorang pengikut. Anda suka membuat sesuatu yang produktif dan tidak suka duduk diam. Anda merupakan seorang yang mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda sangat bermotivasi dan berdisiplin dalam melaksanakan tugas dan mempamirkan tahap kematangan diri yang tinggi. Anda seorang individu yang bertanggungjawab dan komited dengan tugas. Anda tidak akan berhenti selagi kerja yang telah dimulakan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di samping itu anda sanggup menghadapi terkanan dan melakukan tugas dalam jangka waktu yang lama. Anda merupakan seorang yang sangat suka kepada aktiviti yang mencabar keupayaan minda. Kebiasaannya, anda kurang berminat melakukan kerja atau tugas yang berulang dan tidak mencabar keupayaan mental. Anda lebih suka berfikir secara kritis sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukan. Anda berkecenderungan untuk mengeluarkan pandangannya atau pendapat anda secara abstrak dan kritikal. Seorang yang berkeinginan tinggi untuk mencapai kejayaan dan suka kepada perkara-perkara yang mencabar. Anda menunjukkan tahap keyakinan diri yang tinggi dan kurang gemar bekerja dengan orang yang tidak menunjukkan tahap komitmen yang tinggi. Anda tidak mudah putus asa sehingga matlamat anda tercapai. Anda merupakan seorang yang mempunyai tahap amanah, kejujuran dan tanggungjawab yang tinggi. Kebiasaannya, anda sanggup berkorban masa dan tenaga dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Disamping itu, anda tidak mudah terpengaruh dengan perkara atau unsur-unsur rasuah yang boleh mencemar integriti anda. Anda seorang yang boleh dipercayai dan sentiasa menunjukkan tahap moral dan nilai-nilai murni yang tinggi. |
SKOR SEDERHANA Anda menunjukkan kecenderungan mempamirkan ketegasan diri yang sederhana dalam banyak keadaan. Namun, ada ketikanya anda akan mempamirkan ketegasan diri yang tinggi sekiranya berasa tertekan atau diperlukan. Secara umumnya, anda seorang individu yang mudah bertolak ansur dan menganggap hak diri dan orang lain sama penting dengan hak diri sendiri. Anda mampu mempamirkan dirinya dengan baik di khalayak umum dan sentiasa tenang. Anda merupakan seorang individu yang agak sensitif terhadap persekitaran dan orang di sekeliling anda. Ada ketikanya anda suka berfikir dan membuat pemerhatian terhadap sesuatu situasi atau perkara yang berlaku. Walau bagaimanapun, anda akan mengeluarkan pendapat anda dengan berhati-hati sekiranya diperlukan. Dalam banyak keadaan, anda akan hanya membuat analisis sekiranya anda perlu membuat sesuatu keputusan yang penting. Mempamirkan perwatakan yang agak mudah mesra dan peramah dengan orang yang rapat dengan anda. Anda berkemungkinan berfikiran agak terbuka dan dapat berinteraksi dengan baik dengan orang lain. Namun, anda juga berkemungkinan besar seorang yang kreatif, imaginatif, dan artistik. Secara keseluruhannya, anda berasa selesa berkomunikasi dengan orang yang rapat dan di dalam kumpulan yang kecil. Anda seorang yang mudah mesra, baik hati, empati, dan mudah memahami perasaan sendiri dan orang lain. komen?????? huhhuhuh |
